Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, saya juga mengucapkan berbanyak – banyak terima kasih kepada semua guru dan kakitangan SK Taman Sri Andalas yang telah memberi khidmat serta komitmen yang tinggi dan cemerlang sepanjang tahun 2018 sehingga dapat melaksanakan semua program dengan jayanya. Semoga segala jasa dan khidmat yang cemerlang itu dapat diteruskan dan dibalas dengan segala kebaikan.
Profesion Perguruan makin mencabar dari masa ke semasa, Tahun 2019 ini, saya amat berharap agar pencapaian sekolah secara keseluruhannya terus meningkat. Walau apa pun, cabaran adalah penggerak dan motivasi ke arah yang lebih cemerlang dalam tugas kita. Semoga segala cabaran dan halangan dapat sama-sama kita tempuhi. Tugas dan tanggungjawab kita adalah menuju ke arah menjana peningkatan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seterusnya PPPM 2013 hingga 2025.
Perancangan Strategik dan pelaksanaan aktiviti yang terancang dan bersistematik disertai dengan niat yang suci bersih maka impian pelajar, ibu bapa dan sekolah akan tercapai. Renungkanlah dan bertindaklah dengan sewajarnya kerana kejayaan pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik dan kokurikulum tetapi juga dalam kemenjadian sahsiah murid yang mulia adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.
Saya juga berharap agar SK Taman Sri Andalas terus dinamik ke arah kecemerlangan. Semua ini akan menjadi kenyataan jika warga SK Taman Sri Andalas bekerja dengan cemerlang dan berwawasan. Semoga Allah s.w.t merestui niat murni kita. Sekian terima kasih.
Salam hormat daripada saya.
Terima kasih.
CEMERLANG DAN BERWAWASAN
HAJI NOR AZMI BIN RAHMAT, PPT