Hari ini seramai 150 murid Tahun 2 terlibat dengan Kem Bahasa Inggeris anjuran pelajar-pelajar TESL Fakulti Pendidikan UM. Semua murid seronok dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang telah disusun atur. Seramai 40 orang pelajar yang turut disertai oleh pelajar dari Finland telah berkampung di SKTSA dari pagi lagi bagi menyusun atur aktiviti yang telah dirancang.
