Pada 8 Julai yang lalu, pihak sekolah yang diwakili oleh guru-guru Bimbingan dan Kaunseling, PIBG dan KISB berkesempatan menziarahi keluarga En. Nor Ramadan dan Pn. Nurazwin yang telah hilang tempat tinggal yang mana rumah mereka di Kg Jawa telah hangus dalam kebakaran pada 2 Julai 2019 yang lepas.
Segala sumbangan dalam bentuk kewangan dan barangan telah selamat disampaikan kepada mereka. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang. Semoga keluarga En. Ramadan tabah dengan musibah yang melanda diri mereka.